Friday, September 18, 2009

Rasuah Musuh Utama Negara

Amalan rasuah sukar dibendung semakin menular di negara kita dalam saban tahun ini. Antara punca utama amalan rasuah termasuklah dorongan nafsu manusia yang ingin akan kekayaan dalam sekalip mata. Misalnya, untuk memdapatkan sesuatu tender, para kontraktor terpaksa bersaing bagi memperoleh keuntungan yang lumayan di sebaliknya. Bagi mencapai matlamat itu, mereka sanggup mengeluarkan wangberjuta-juta ringgit sebagai suapan kepada pihak berkuasa. Bagi orang mengantuk disorongkan bantal, pihak berkuasa akan terus meluluskan permohonan kontraktor tersebut. Mereka sanggup berbuat demikian kerana sedar bahawa pulangannya adalah berlipat ganda berbanding dengan suapan yang diberikan kepada pihak yang meluluskan tender tersebut.


Di samping itu, faktor gaji yang rendah serta taraf hidup yang semakin meningkat menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala rasuah ini. Kini, kehidupan di bandar semakin rencam dengan kos hidupnya yang tinggi. Dalam keadaan yang terdesak ini, seseorang kakitangan kerajaan yang hanya bergaji rendah sudah tentu akan cenderung menerima rasuah untuk menampung kehidupannya sekeluarga. Pada pandangan si pemberi pula, mereka akan mendapat faedah akibat sogokan yang diberi kepada pengawai berkenaan. Lagipun, mereka tidak gentar akan tindakan undang-undang sekiranya didakwa, apatah lagi berasa bersalah terhadap perbuatan negatif yang dilakukan.


Selain itu, faktor hukuman yang tidak seberapa berat seolah-olah menjadi pendorong kepada amalan ini daripada terus berleluasa. Bagi penerima rasuah, hukuman yang bakal dikenakan terhadapnya adalah ringan sahaja, iaitu denda sebanyak beberapa ribu ringgit berbanding dengan rasuah berjuta-juta ringgit yang diterima. Malahan juga, sering kali kita dapati bahawa seseorang yang makan rasuah telah dituduh, tetapi akhirnya dilepaskan kembli kerana kekurangan bukti yang kukuh. Oleh yang demikian, gejla rasuah sukar ditangani dan dikesan oleh pihak berkuasa walaupun masyarakat pada zahirnya menganggap amalan rasuah ini sebagai perbuatan yang tidak bermoral.


Bagi mencari jalan penyelesaian menangani gejala rasuah ini, kerajaan telah mengambil tindakan yang lebih agresif dengan berbekalkan sikap "menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepng tidak berselerak". Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa sudahpun menggubal undang-undang yang lebih ketat dengan mengenakan hukuman yang lebih berat. Dengan mengenakan hukuman yang setimpal kepada pesalah, sekurang-kurangnya akan dapat menakutkan sesiapa sahaja untuk melibatkan diri dalam gejala rasuah sama ada pemberi atau penerima.


Bak kata pepatah,"sebab nila setitik, rosak susu sebelanga". Rasuah sememangnya kudis masyarakat yang harus dibanteras demi kesejahteraan bangsa dan negara. Justeru, semua rakyat perlu berganding bahu dengan kerajaaan dalam usaha membendung musuh utama negara kita.





No comments:

Post a Comment