Thursday, September 17, 2009

Langkah-langkah Membangunkan Industri Pelancongan di Malaysia

Sering dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk merealisasikan Wawasan 2020, pembangunan dalam pelbagai bidang, khususnya pembinaan, pengeluaran, dan pelancongan menjadi agenda utama negera. Pembangunan yang pesat ini menjadi kemegahan bagi sesebuah negara.

Sektor pelancongan telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara memandangkan pendapatan yang memberangsangkan. Kemajuan industri pelancongan ternyata mempunyai masa depan yang cerah kerana banyak lagi usaha yang boleh dirancang bagi membangunkan industri ini.

Kita harus berasa amat bersyukur kerana Malaysia sebuah negara yang indah dan kaya dengan destinasi pelancongan mampu menjadi daya tarikan pelancong. Antaranya termasuklah Pulau Tioman, Pulau Langkawi, dan Pulau Redang. Seperti yang kita maklum, pihak kerajaan telah mengambil pelbagai langkah drastik untuk memajukan industri pelancongan di negara ini. Sebuah kementerian yang khusus untuk pengendalian sektor pelancongan iaitu Kementerian Pelancongan telah diwujudkan. Bagi menarik minat pelancongan, kerajaan disarankan membaik pulih atau menambah infrastruktur di destinasi-destinasi pelancongan. Perkhidmatan pengangkutan udara, hotel-hotel, tempat penginapan, dan kemudahan asas juga perlu disediakan dengan baik dan teliti supaya dapat menambat hati setiap pelancong yang memjejaki negara kita.

Di samping itu, kerajaan seharusnya memelihara flora da fauna bagi memajukan eko-pelancongan dalam jangka masa panjang. Dalam arus pemodenan yang rancak, hutan-hutan tropika di negara kita telah dibuka tanpa perancangan yang sistematik. Sikap peneroka seperti melempar batu sembunyi tangan, sebahagian besar daripada khazanahhutan ini telah diterokai untuk dijadikan kawasan perumahan demi keuntungan yang melimpah luah. Usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan perlu dilaksanakan bagi mewartakan hutan simpanan negara agar menjadikannya sebagai tempat ekspedisi yang popular di persada dunia, bak kata pepatah,"kalau tidak dudipecahkan ruyung,manakah dapat sagunya".

Selanjutnya, taraf hidup penduduk di kawasan tunpuan pelancongan hendaklah ditingkatkan setelah mengenal pasti punca masalahnya kerana tiada angin masakan pokok boleh bergoyang. Hal ini demikian kerana kajian menunjukkan kemusnahan alam sekitar adalah berpunca daripada kedaifan penduduk setempat yang mengamalkan cara hidup yang konservatif. Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan boleh memberi sumbangan kewangan dan khidmat nasihat kepada mereka melalui kempen-kempen kesedaran dan subsidi wang tertentu.

Tambahan pula , media massa seperti televisyen dan internet merupakan satu wahana yang dapat mempergiatkan industri pelancongan di Malaysia atas peranannya sebagai satu propaganda untuk mempromosikankelebihan destinasi pelancongan di mata dunia. Karnival pelancongan harus dianjurkan dari semasa ke semasa untuk memberi penerangan kepada pelancong asing supaya lebih memahami dan menghayati budaya dan adat tempatan.

Secara tuntasnya, rakyat Malaysia sepatutnya menggembleng tenaga untuk memberi imej yang baik kepada pelancong asing.

2 comments: