Sunday, September 20, 2009

Budaya Lepek

Dewasa ini, terdapat satu gejala yang semakin menular dalam kalangan kita khususnya dalam kalangan remaja. Gejala yang dimaksudkan ialah budaya lepak. Golongan remaja kita didapati suka berfoya-foya dipusat beli belah dan pusat permainan video.Fenomena ini menjadi kian meruncing dan sering menjadi perbualan setiap anggotamasyarakat. Perkara ini sering diperdebatkan oleh orang ramai memandangkan gejala ini akan membantutkan usaha kerajaan untuk merealisasikan Wawasan 2020.

Salah satu punca yang sering dikaitkan dengan budaya lepak ialah sikap ibu bapa. Pada zaman atom ini, ibu bapa berlumba-lumbauntuk berhempas pulas di luar demi mencari rezeki menampung kehidupan keluarga. Ekoran daripada itu, terdapat segelintir golongan ibu bapa mula mementingkan kebendaan dan mengutamakan wang. Lantaran itu, ibu bapa mula kurang memberi perhatian terhadap anak-anak. Kasih sayang yang diperoleh oleh anak-anak ibarat "melepaskan batuk di tangga" dan amat terhad.

Di samping itu, ibu bapa bukan sahaja harus menekankan falsafah agama dalam kehidupan harian anak-anak malah juga harus menyemaikan nilai-nilai dalam sanubari anak-anak. Ibu bapa juga harus mendidik anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, "melentur aur biarlah dari rebungnya.

Remaja kini terlalu terpengaruh dengan budaya barat yang mengamalkan amalan hidup bebas. Remaja sekarang yang berada dalam setahun jagung muda dipengaruh oleh budaya negatif ini dan suka berlepek di luar hingga lewat malam.

Masalah ini dapat diatasi melalui pengajaran di sekolah. Nilai-nilai murni yang mulia dapat ditanam dalam kalangan pelajar melalui pendidikan moral, pendidikan Islam, dan pendidikan sivik. Meraka akan sedar bahawa melepek hanya membuang masa dan tiada faedahnya.

Muktahir ini , media massa sering melaporkan kes jenayah seperti. Sebahagian daripada kes-kes ini dilakukan oleh remaja yang melepek di luar. Hal ini menunjukkan keharmonian hidup kita semakin terhakis. Oleh itu, ibu bapa harus berkompromi dengan pihak sekolah untuk menyelesaikan budaya negatif .

Punca-punca berlakunya vandalisme dan langkah-langkah untuk mengatasinya

Apakah maksud vandalisme? Menurut Kamus Dewan, vendalisme didefinisi sebagai perbuatan merosakkan dan memusnahkan kemudahan awam. Mengapakah ada anggota masyarakat yang sanggup berbuat demikian? Adakah masyarakat, khususnya golongan remaja tidak juga sedar akan kesusahan yang ditanggung oleh orang lain?

Apabila membangkitkan masalah ini, kita perlu mencari punca hingga akar umbi. Sebab utama ialah mereka ingin meluahkan rasa terbuka atau tekanan perasaan. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini dibarat bagai kera diberi bunga.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya tidak boleh dipandang remeh dalam menyebarkan budaya negatif ini. Kebanyakan masa terluang remaja akan dihabiskan untuk bergaul dengan rakan sebaya. Pergaulan seseorang akan menentukan sahsiah diri seorang. Keadaan ini dapat dijelaskan melalui pepatah berikut, "jika seseorang itu berkawan dengan penjual minyak wangi, maka keharumannya akan dirasainya. Jika dia berkawan dengan si tukang besi, maka percikan api akan mengenai dirinya juga".

Kita perlu memperhalusi punca masalah yang dibangkitkan untuk mengatasi masalah vandalisme. Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membendung gejala ini. Mereka harus bersikap lebih prihatin dan mengambil berat tentang anak. Ibu bapa patut dijadikan model dan mendidik anak-anak mengamalkan amalan murni sejak kecil lagi. Ibu bapa harus memberi teguran terhadap anak-anak yang melakukan vandalisme supaya mereka tidak terus bersalah.

Di samping itu, peranan sekolah tidak dapat dinafikan dalam apa jua masalah yang melibatkan remaja. Warga Malaysia dididik menjadi insan yang mempunyai jati diri, berilmu dan beramal. Guru-guru menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran di kelas. Sekolah wajar mengenakan hukuman setimpal terhadap sesiapa yang melakukan vandalisme di sekolah. Dalam waktu yang sama, aktiviti kempen, pertandingan kelas terbersih sekolah perlu dijalankan secara lebih kerap.

Gejala vandalisme akan menimbulkan pelbagai kesukaran kepada anggota masyarakat. Kita seharusnya menghargai kemudahan awam yang disediakan supaya dapat menggunakannya pada waktu kecemasan. Oleh itu, semua pihak patut menggembleng tenaga untuk mengatasi masalah ini demi kesejahteraan masyarakat.

Friday, September 18, 2009

Amalan Berbudi Bahasa

Seseorang yang berbudi bahasa akan mempunyai prospek yang cerah. Jika seseorang itu berbudi bahasa, maka dia akan disanjung tinggi oleh masyarakat. Kini, masyarakat yang berbudi bahasa semakin diabai dan dipinggirkan oleh masyarakat.

Sebagai rakyat Malaysia yang berwawasan, adakah kita membiarkan amalan ini lenyap begitu sahaja? Setiap insan perlu mengamalkan dan menghidupsuburkan amalan , kerana budi bahasa merupakan pelita hidup kita. Amalan berbudi bahasa perlu diasuh dan desemaikan dalam kalangan remaja sejak kecil lagi. Bak kata pepatah,"melentur buluh biarlah dari rebungnya".

Tanggungjawab ini merupakan tanggungjawab ibu bapa. Ibu bapa berperanan menjadikan contoh yang baik bagi anak-anak mereka, maka anak-anak mereka akan mengikut jejak ibu bapanya. Selain itu, amalan berbudi bahasa juga dapat dipupuk di sekolah melalui mata pelajaran pendidikan moral dan pendidikan sivik.

"Ada padi ada batas, ada budi ada balas",seseorang yang berbudi bahasa akan senantiasa mengenang budi orang lain yang pernah menghulurkan tangan kepadanya. Amalan ini juga boleh ditanami dalam kalangan remaja dengan sikap bantu-membantu. Di samping itu, pelabagai aktiviti dan ceramah boleh diadakan untuk menyemarakkan semangat berbudi bahasa seharusnya tidak mempunyai sikap bagai "kacang lupakan kulit", seseorang itu pasti akan dihina, kerana"jika besi berkarat maka dihina, jika orang tidak berbudi bahasa, maka dia akan dipandang rendah".

Jika seseorang itu sombong bagai"anjing melintas denai", maka dia tidak berbudi bahasa dan tidak akan dihormati masyarakat."Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat", masyarakat yang berbudi bahasa akan melahirkan perpaduan masyarakat dan amalan bantu-membantu seperti aur dengan tebing.

Oleh itu, amalan berbudi bahasa perlu sentiasa diingati dan bagai hempedu lekat di hati, kerana budi bahasa budaya kita!

Rasuah Musuh Utama Negara

Amalan rasuah sukar dibendung semakin menular di negara kita dalam saban tahun ini. Antara punca utama amalan rasuah termasuklah dorongan nafsu manusia yang ingin akan kekayaan dalam sekalip mata. Misalnya, untuk memdapatkan sesuatu tender, para kontraktor terpaksa bersaing bagi memperoleh keuntungan yang lumayan di sebaliknya. Bagi mencapai matlamat itu, mereka sanggup mengeluarkan wangberjuta-juta ringgit sebagai suapan kepada pihak berkuasa. Bagi orang mengantuk disorongkan bantal, pihak berkuasa akan terus meluluskan permohonan kontraktor tersebut. Mereka sanggup berbuat demikian kerana sedar bahawa pulangannya adalah berlipat ganda berbanding dengan suapan yang diberikan kepada pihak yang meluluskan tender tersebut.


Di samping itu, faktor gaji yang rendah serta taraf hidup yang semakin meningkat menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala rasuah ini. Kini, kehidupan di bandar semakin rencam dengan kos hidupnya yang tinggi. Dalam keadaan yang terdesak ini, seseorang kakitangan kerajaan yang hanya bergaji rendah sudah tentu akan cenderung menerima rasuah untuk menampung kehidupannya sekeluarga. Pada pandangan si pemberi pula, mereka akan mendapat faedah akibat sogokan yang diberi kepada pengawai berkenaan. Lagipun, mereka tidak gentar akan tindakan undang-undang sekiranya didakwa, apatah lagi berasa bersalah terhadap perbuatan negatif yang dilakukan.


Selain itu, faktor hukuman yang tidak seberapa berat seolah-olah menjadi pendorong kepada amalan ini daripada terus berleluasa. Bagi penerima rasuah, hukuman yang bakal dikenakan terhadapnya adalah ringan sahaja, iaitu denda sebanyak beberapa ribu ringgit berbanding dengan rasuah berjuta-juta ringgit yang diterima. Malahan juga, sering kali kita dapati bahawa seseorang yang makan rasuah telah dituduh, tetapi akhirnya dilepaskan kembli kerana kekurangan bukti yang kukuh. Oleh yang demikian, gejla rasuah sukar ditangani dan dikesan oleh pihak berkuasa walaupun masyarakat pada zahirnya menganggap amalan rasuah ini sebagai perbuatan yang tidak bermoral.


Bagi mencari jalan penyelesaian menangani gejala rasuah ini, kerajaan telah mengambil tindakan yang lebih agresif dengan berbekalkan sikap "menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepng tidak berselerak". Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa sudahpun menggubal undang-undang yang lebih ketat dengan mengenakan hukuman yang lebih berat. Dengan mengenakan hukuman yang setimpal kepada pesalah, sekurang-kurangnya akan dapat menakutkan sesiapa sahaja untuk melibatkan diri dalam gejala rasuah sama ada pemberi atau penerima.


Bak kata pepatah,"sebab nila setitik, rosak susu sebelanga". Rasuah sememangnya kudis masyarakat yang harus dibanteras demi kesejahteraan bangsa dan negara. Justeru, semua rakyat perlu berganding bahu dengan kerajaaan dalam usaha membendung musuh utama negara kita.





Amalan Mulia Dalam Kalangan Masyarakat

Dalam masyarakat yang semakin maju dan sibuk ini, amalan mulia dalam kalangan masyarakat semakin diabaikan. Walaupun pendidikan moral disalurkan kepada anggota masyarakat, namun amalan mulia ini kurang diamalkan, malah ada yang seperti"mencurahkan air di daun keladi".

Amalan mulia masih diamlkan dalam masyarakat kampung. Jiran tetangga yang masih mengamalkan semangat jiran diibarat seperti"berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Kegiatan seperti tolong-menolong antara jiran, ziarah-menziarahi antara jiran dan bergotong-royong membersihkan kawasan boleh mengeratkan perhubungan antara jiran tetangga lagi.

Selain itu, perbutan menghukurkan tangan kepada orang yang memerlukan pertolongan juga merupakan amalan mulia. Sekiranya seseorang itu dihulurkan bantuan, dia akan mengenang budi orang itu selama-lamanya kerana " hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga".

Kegiatan mengadakan majlis kenduri boleh mengeratkan silaturahim di samping mewujudkan persefahaman. Sikap prihatin terhadap masyarakat membantu meringankan beban ahli masyarakat yang memerlukan bantuan. Amalan muafakat membentuk masyarakat yang kuat dan hebat kerana"bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat".

Kesimpulannya, amalan mulia dalam masyarakat harus diteruskan dan dikembangkan supaya tidak ditelan oleh anak zaman.

Langkah-langkah Mengalakkan Remaja Membaca

Dalam meneroka zaman teknologi maklumat ini, kemajuan dan kepesatan pembangunan telah menjadikan manusia cenderung kepada kebendaan. Justeru, amalan membaca telah diabaikan dalam kalangan orang ramai. Amalan membaca penting untuk mempercepat usaha kerajaan untuk merealisasikan Wawasan 2020.

"Bapa borek, anak rintik", ibu bapa berperanan menjadi suri teladan dengan menjadikan amalan membaca sebagai hobi. Amalan oleh ibu bapa akan diikuti jejak oleh anak-anak, seperti yang dikatakan dalam pepatah"bagaimana acuan, begitulah kuihnya". Ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk mengalakkan anak-anak membaca, lebih-lebih lagi sejak kecil lagi kerana "melentur buluh biarlah dari rebungnya."

Selain itu, kerajaan juga perlu menyumbang bagi menyemai kepentingan membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja dengan memperbanyak kempen membaca. Kempen membaca yang diadakan disertakan dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang berkaitan dengan bahan bacaan yang sesuai dengan tahap dan minat mereka secara berterusan. Perpustakaan awam dan perpustakaan bergerak penting kerana membekali mereka dengan pelbagai jenis bahan bacaan.

Sejajar dengan itu, syarikat penerbitan buku dan agensi kerajaan wajar mengadakan pameran bagi mempamerkan buku-buku dan bahan bacaan terbitan terbaru dan menarik isi kandungannya. Pesta buku juga harus diadakan untuk mempamerkan buku-buku dan bahan bacaan yang terbaru dan berkualiti.Dalam pameran dan pesta buku, pihak penganjur juga boleh menjemput penulis terkemuka untuk memberi autograph kepada sesiapa yang berminat dengan karyanya. Aktiviti-aktiviti ini mencetuskan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Di samping itu, tajaan buku cerita, novel, majalah, dan journal serta program yang mendedahkan kepentingan membaca seperti ceramah dan pertandingan kuiz boleh dilakukan oleh pihak swasta dan pihak anggota bagi menimbulkan minat membaca.Peranan pihak swasta dan pihak anggota dalam mengalakkan kanak-kanak dan remaja tidak harus diabaikan. Program seperti pertukaran buku lama dengan buku baru boleh dilaksanakan untuk menimbulkan minat mendapatkan bahan bacaan yang terbaru.

Ekoran daripada itu, salah satu wahana yang berkesan untuk memupuk minat membaca ialah melalui media massa. Melalui media massa seperti radio, televisyen, surat khabar dan internet, kepentingan membaca dapat dihebahkan. Misalnya, melalui surat, syarikat penerbitan boleh mempromosikan bahan bacaan yang baru diterbitkan. Manakala melalui televisyen dan radio, orang awam berkesempatan untuk mengetahui buku-buku yang baru diterbitkan serta isi kandungannya. Orang ramai juga boleh melayari internet untuk mencari bahan bacaan terbitan terbaru serta saluran untuk mendapatkannya.

"Membaca Pelita Hidup".Fenomena kurang membaca tidak wajar dibiarkan berterusan. Semua pihak haruslah bertaut tangan untuk menanam minat kanak-kanak dan remaja membaca, dan jadikan amalan membaca sebahagian daripada kehidupan bagi melahirkan masyarakat yang berilmu. "Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih", bolehkah kita lakukan? Tepuk dada tanya selera.

Disiplin Pelajar

Pada zaman yang canggih ini, masalah disiplin pelajar di sekolah semakin serius. Mereka bukan sahaja bersikap kasar terhadap guru-guru da tuan pengetua, malah mereka selalu bergaduh dan bertengkar di sekolah. Selain itu, mereka bersikap berani dalam melakukan perbuatan yang buruk seperti bermain mercun di kawasan sekolah untuk menimbulkan kejutan. Pelajar masa kini semakin bersikap ganas dan suka menunjukkan kehebatan diri kepada rakan-rakannya bahawa dia seorang yang sangat bergaya. Sikap ini boleh memusnahkan prospek pelajar yang cerah itu dengan sendirinya.

Oleh itu, ibu bapa dan keluarga perlu membantu mengurangkan masalah disiplin pelajar dan mendidik mereka menjadi warganegara yang berbakti. Ibu bapa harus meluangkan masa untuk memahami dan menemani anak-anaknya. Mereka tidak harus mengabaikan anak-anak mereka demi mencari keuntungan yang lumayan. Mata ibu bapa kini telah dikaburi oleh wang ringgit yang tidak bermakna. Mereka mengambil berat akan kegiatan yang dilakukan oleh anak-anak mereka di sekolah dan selalu bersembang dengan mereka tentang apa-apa isu serta perkara yang berlaku di sekolah.Ibu bapa juga perlu menjurang kasih sayang yang cukup kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian, pelajar yang tidak diabaikan dan disayangi serta diambil berat oleh ibu bapa dan keluarga tidak akan mempunyai masalah disiplin.

Selain itu, ibu bapa harus memupuk sikap yang baik kepada anak-anak mereka. Ibu bapa juga harus menyuntikkan nilai murni ke dalam jiwa anak-anak mereka sejak mereka kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa perlu mendidik mereka supaya mengamalkan sifat bersopan santun, rasional, kesederhanaan, rajin, amanah, bertanggungjawab dan lain-lain. Ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak. Mereka juga perlu mengajar anak-anak untuk membezakan bahawa mana-manaperkara yang baik, mana-mana yang perkara yang buruk. Ibu bapa dan ahli keluarga perlu memberitahu kepada kanak-kanak kecil bahawa implikasi dan impak melakukan kejahatan itu.Setelah mereka besar dan menjadi pelajar di sekolah menengah, mereka pasti tidak akan mempunyai masalah disiplin,malah menjadi seorang pelajar yang berdisiplin.

Dalam pada itu, ibu bapa dan keluarga harus bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mengatasi masalah disiplin anak-anak sendiri. Mereka boleh mendapat berita tentang apa-apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka di sekolah daripada pihak sekolah. Jika mengetahui anak-anak mereka mempunyai masalah disiplin di sekolah, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk menangani masalah anak-anak mereka, terutamanya ibu bapa yang jarang berada di sisi anak-anak. Walaupun sangat sibuk dengan pekerjaan, ibu bapa mesti bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka supaya menjadi pelajar yang baik perlakuannya. Hal ini keran ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam hati anak-anak. Ibu bapa perlulah membantu anak mereka supaya menjauhi daripada rakan sebaya yang bersikap negatif dengan cara yang berkesan dan menasihati mereka dengan hati yang ikhlas agar mereka menyedari kesilapan sendiri sebelum terjerumus ke dalam lembah maksiat. Bak kata pepatah, sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.

Sebagai tuntasnya, ibu bapa dan pihak sekolah pasti dapat membantu mengurangkan masalah disiplin pelajar di sekolah. Hal ini kerana kedua-dua pihak ini memainkan peranan yang penting membentuk akhlak anak-anak. Oleh itu, komitmen dan koperasi antara ibu bapa dengan pihak sekolah merupakan inisiatif yang paling intensif bagi mengatasi masalah disiplin pelajar.