Friday, September 18, 2009

Langkah-langkah Mengalakkan Remaja Membaca

Dalam meneroka zaman teknologi maklumat ini, kemajuan dan kepesatan pembangunan telah menjadikan manusia cenderung kepada kebendaan. Justeru, amalan membaca telah diabaikan dalam kalangan orang ramai. Amalan membaca penting untuk mempercepat usaha kerajaan untuk merealisasikan Wawasan 2020.

"Bapa borek, anak rintik", ibu bapa berperanan menjadi suri teladan dengan menjadikan amalan membaca sebagai hobi. Amalan oleh ibu bapa akan diikuti jejak oleh anak-anak, seperti yang dikatakan dalam pepatah"bagaimana acuan, begitulah kuihnya". Ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk mengalakkan anak-anak membaca, lebih-lebih lagi sejak kecil lagi kerana "melentur buluh biarlah dari rebungnya."

Selain itu, kerajaan juga perlu menyumbang bagi menyemai kepentingan membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja dengan memperbanyak kempen membaca. Kempen membaca yang diadakan disertakan dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang berkaitan dengan bahan bacaan yang sesuai dengan tahap dan minat mereka secara berterusan. Perpustakaan awam dan perpustakaan bergerak penting kerana membekali mereka dengan pelbagai jenis bahan bacaan.

Sejajar dengan itu, syarikat penerbitan buku dan agensi kerajaan wajar mengadakan pameran bagi mempamerkan buku-buku dan bahan bacaan terbitan terbaru dan menarik isi kandungannya. Pesta buku juga harus diadakan untuk mempamerkan buku-buku dan bahan bacaan yang terbaru dan berkualiti.Dalam pameran dan pesta buku, pihak penganjur juga boleh menjemput penulis terkemuka untuk memberi autograph kepada sesiapa yang berminat dengan karyanya. Aktiviti-aktiviti ini mencetuskan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Di samping itu, tajaan buku cerita, novel, majalah, dan journal serta program yang mendedahkan kepentingan membaca seperti ceramah dan pertandingan kuiz boleh dilakukan oleh pihak swasta dan pihak anggota bagi menimbulkan minat membaca.Peranan pihak swasta dan pihak anggota dalam mengalakkan kanak-kanak dan remaja tidak harus diabaikan. Program seperti pertukaran buku lama dengan buku baru boleh dilaksanakan untuk menimbulkan minat mendapatkan bahan bacaan yang terbaru.

Ekoran daripada itu, salah satu wahana yang berkesan untuk memupuk minat membaca ialah melalui media massa. Melalui media massa seperti radio, televisyen, surat khabar dan internet, kepentingan membaca dapat dihebahkan. Misalnya, melalui surat, syarikat penerbitan boleh mempromosikan bahan bacaan yang baru diterbitkan. Manakala melalui televisyen dan radio, orang awam berkesempatan untuk mengetahui buku-buku yang baru diterbitkan serta isi kandungannya. Orang ramai juga boleh melayari internet untuk mencari bahan bacaan terbitan terbaru serta saluran untuk mendapatkannya.

"Membaca Pelita Hidup".Fenomena kurang membaca tidak wajar dibiarkan berterusan. Semua pihak haruslah bertaut tangan untuk menanam minat kanak-kanak dan remaja membaca, dan jadikan amalan membaca sebahagian daripada kehidupan bagi melahirkan masyarakat yang berilmu. "Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih", bolehkah kita lakukan? Tepuk dada tanya selera.

2 comments:

  1. wao!!
    ur karangan is perfect!!
    thanks for posting it here ya...
    i got no idea to write my karangan juz now(its the same tajuk) n so i search it in google,thn i found dis!dis is gud man...tq so much

    ReplyDelete
  2. saya mohon keizinan utk ambik bahan sis ye. tq

    ReplyDelete