Friday, September 18, 2009

Amalan Berbudi Bahasa

Seseorang yang berbudi bahasa akan mempunyai prospek yang cerah. Jika seseorang itu berbudi bahasa, maka dia akan disanjung tinggi oleh masyarakat. Kini, masyarakat yang berbudi bahasa semakin diabai dan dipinggirkan oleh masyarakat.

Sebagai rakyat Malaysia yang berwawasan, adakah kita membiarkan amalan ini lenyap begitu sahaja? Setiap insan perlu mengamalkan dan menghidupsuburkan amalan , kerana budi bahasa merupakan pelita hidup kita. Amalan berbudi bahasa perlu diasuh dan desemaikan dalam kalangan remaja sejak kecil lagi. Bak kata pepatah,"melentur buluh biarlah dari rebungnya".

Tanggungjawab ini merupakan tanggungjawab ibu bapa. Ibu bapa berperanan menjadikan contoh yang baik bagi anak-anak mereka, maka anak-anak mereka akan mengikut jejak ibu bapanya. Selain itu, amalan berbudi bahasa juga dapat dipupuk di sekolah melalui mata pelajaran pendidikan moral dan pendidikan sivik.

"Ada padi ada batas, ada budi ada balas",seseorang yang berbudi bahasa akan senantiasa mengenang budi orang lain yang pernah menghulurkan tangan kepadanya. Amalan ini juga boleh ditanami dalam kalangan remaja dengan sikap bantu-membantu. Di samping itu, pelabagai aktiviti dan ceramah boleh diadakan untuk menyemarakkan semangat berbudi bahasa seharusnya tidak mempunyai sikap bagai "kacang lupakan kulit", seseorang itu pasti akan dihina, kerana"jika besi berkarat maka dihina, jika orang tidak berbudi bahasa, maka dia akan dipandang rendah".

Jika seseorang itu sombong bagai"anjing melintas denai", maka dia tidak berbudi bahasa dan tidak akan dihormati masyarakat."Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat", masyarakat yang berbudi bahasa akan melahirkan perpaduan masyarakat dan amalan bantu-membantu seperti aur dengan tebing.

Oleh itu, amalan berbudi bahasa perlu sentiasa diingati dan bagai hempedu lekat di hati, kerana budi bahasa budaya kita!

No comments:

Post a Comment