Friday, September 18, 2009

Disiplin Pelajar

Pada zaman yang canggih ini, masalah disiplin pelajar di sekolah semakin serius. Mereka bukan sahaja bersikap kasar terhadap guru-guru da tuan pengetua, malah mereka selalu bergaduh dan bertengkar di sekolah. Selain itu, mereka bersikap berani dalam melakukan perbuatan yang buruk seperti bermain mercun di kawasan sekolah untuk menimbulkan kejutan. Pelajar masa kini semakin bersikap ganas dan suka menunjukkan kehebatan diri kepada rakan-rakannya bahawa dia seorang yang sangat bergaya. Sikap ini boleh memusnahkan prospek pelajar yang cerah itu dengan sendirinya.

Oleh itu, ibu bapa dan keluarga perlu membantu mengurangkan masalah disiplin pelajar dan mendidik mereka menjadi warganegara yang berbakti. Ibu bapa harus meluangkan masa untuk memahami dan menemani anak-anaknya. Mereka tidak harus mengabaikan anak-anak mereka demi mencari keuntungan yang lumayan. Mata ibu bapa kini telah dikaburi oleh wang ringgit yang tidak bermakna. Mereka mengambil berat akan kegiatan yang dilakukan oleh anak-anak mereka di sekolah dan selalu bersembang dengan mereka tentang apa-apa isu serta perkara yang berlaku di sekolah.Ibu bapa juga perlu menjurang kasih sayang yang cukup kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian, pelajar yang tidak diabaikan dan disayangi serta diambil berat oleh ibu bapa dan keluarga tidak akan mempunyai masalah disiplin.

Selain itu, ibu bapa harus memupuk sikap yang baik kepada anak-anak mereka. Ibu bapa juga harus menyuntikkan nilai murni ke dalam jiwa anak-anak mereka sejak mereka kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa perlu mendidik mereka supaya mengamalkan sifat bersopan santun, rasional, kesederhanaan, rajin, amanah, bertanggungjawab dan lain-lain. Ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak. Mereka juga perlu mengajar anak-anak untuk membezakan bahawa mana-manaperkara yang baik, mana-mana yang perkara yang buruk. Ibu bapa dan ahli keluarga perlu memberitahu kepada kanak-kanak kecil bahawa implikasi dan impak melakukan kejahatan itu.Setelah mereka besar dan menjadi pelajar di sekolah menengah, mereka pasti tidak akan mempunyai masalah disiplin,malah menjadi seorang pelajar yang berdisiplin.

Dalam pada itu, ibu bapa dan keluarga harus bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mengatasi masalah disiplin anak-anak sendiri. Mereka boleh mendapat berita tentang apa-apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka di sekolah daripada pihak sekolah. Jika mengetahui anak-anak mereka mempunyai masalah disiplin di sekolah, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk menangani masalah anak-anak mereka, terutamanya ibu bapa yang jarang berada di sisi anak-anak. Walaupun sangat sibuk dengan pekerjaan, ibu bapa mesti bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka supaya menjadi pelajar yang baik perlakuannya. Hal ini keran ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam hati anak-anak. Ibu bapa perlulah membantu anak mereka supaya menjauhi daripada rakan sebaya yang bersikap negatif dengan cara yang berkesan dan menasihati mereka dengan hati yang ikhlas agar mereka menyedari kesilapan sendiri sebelum terjerumus ke dalam lembah maksiat. Bak kata pepatah, sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.

Sebagai tuntasnya, ibu bapa dan pihak sekolah pasti dapat membantu mengurangkan masalah disiplin pelajar di sekolah. Hal ini kerana kedua-dua pihak ini memainkan peranan yang penting membentuk akhlak anak-anak. Oleh itu, komitmen dan koperasi antara ibu bapa dengan pihak sekolah merupakan inisiatif yang paling intensif bagi mengatasi masalah disiplin pelajar.

No comments:

Post a Comment