Friday, September 18, 2009

Amalan Mulia Dalam Kalangan Masyarakat

Dalam masyarakat yang semakin maju dan sibuk ini, amalan mulia dalam kalangan masyarakat semakin diabaikan. Walaupun pendidikan moral disalurkan kepada anggota masyarakat, namun amalan mulia ini kurang diamalkan, malah ada yang seperti"mencurahkan air di daun keladi".

Amalan mulia masih diamlkan dalam masyarakat kampung. Jiran tetangga yang masih mengamalkan semangat jiran diibarat seperti"berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Kegiatan seperti tolong-menolong antara jiran, ziarah-menziarahi antara jiran dan bergotong-royong membersihkan kawasan boleh mengeratkan perhubungan antara jiran tetangga lagi.

Selain itu, perbutan menghukurkan tangan kepada orang yang memerlukan pertolongan juga merupakan amalan mulia. Sekiranya seseorang itu dihulurkan bantuan, dia akan mengenang budi orang itu selama-lamanya kerana " hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga".

Kegiatan mengadakan majlis kenduri boleh mengeratkan silaturahim di samping mewujudkan persefahaman. Sikap prihatin terhadap masyarakat membantu meringankan beban ahli masyarakat yang memerlukan bantuan. Amalan muafakat membentuk masyarakat yang kuat dan hebat kerana"bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat".

Kesimpulannya, amalan mulia dalam masyarakat harus diteruskan dan dikembangkan supaya tidak ditelan oleh anak zaman.

No comments:

Post a Comment